Koperasi Generasi Kerabat DiRaja Kedah
Berhad telah diluluskan penubuhannya pada 23 Oktober 2010 didaftarkan
sebagai sebuah koperasi asas dengan liabiliti terhad dibawah subseksyen
(1) Akta Koperasi 1993 dengan no pendaftaran K-4-0644.
Tujuan penubuhan koperasi ini adalah
untuk menjana ekonomi dalam pelbagai bidang perniagaan yang diceburi
disamping membuka peluang kepada usahawan yang berminat untuk
berusahasama dalam mengembangkan rangkaian perniagaan bersama koperasi.